WARKAH KHAS
(salasilah PEKIDA malaysia)
ALLAHYARHAM Dato' Dr Haji Ahmad Fuad Ahmad
MANTAN PRESIDEN
PEKIDA MALAYSIA
Pertubuhan ini telah didaftarkan kali pertama pada tahun 1975. Atas sebab tertentu ia telah dibatalkan dan didaftarkan semula pada 10hb. Mei 1983, oleh Allahyarham Ustaz Yusuf dengan Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 . Alamat rasmi dalam pendaftaran ialah : No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2004, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Setelah Allahyarham Datuk Fuad kembali ke rahmatullah, ibu pejabat di pindahkan semula ke Sg Petani oleh pihak kepimpinan yang mengambil alih selepas itu.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Kini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.
LATAR BELAKANG UNIT R&D PEKIDA MALAYSIA
Sebaik saja diangkat menjadi Presiden Pekida Malaysia pada hujung 2003, Allahyarham Datuk Dr Ahmad Fuad telah berusaha mencari dan memanggil semula semua ahli yang berkebolehan dan pernah menyumbang ke arah kemajuan Pekida sebelum itu dan telah tidak aktif untuk tampil dan bergabung membantu usaha dan wawasan beliau.
Dr Hj Masjuki (Pengarah Unit R&D sekarang) adalah salah seorang yang dikenal pasti sebagai individu yang berpotensi membantu memajukan Pekida, mengikut pendapat beliau. Ini adalah kerana pengalaman beliau ketika mengurus Majlis Tertinggi Pekida sekitar tahun 95, 96, 97 . Antara kejayaan beliau selaku Ketua Urusetia Majlis Tertinggi Pekida Malaysia ketika itu adalah menyelesaikan masalah dalaman berupa perpecahan para Pemimpin, terutama di kalangan para Penasihat Pekida sendiri dan dengan Pemimpin Negara ketika itu.
Ujian paling getir yang mengukur kejayaan besar Dr Masjuki ialah ketika mengurus Mesyuarat Agung Pekida di Selama, Perak pada tahun 96/97, tanpa kerjasama penuh jemaah Urusetia senior yang meninggalkan kerja-kerja persiapan Mesyuarat. Atas sebab tidak puas hati dengan kepimpinan Pekida ketika itu, mereka meninggalkan Dr Masjuki menyempurnakan tugas sendirian pada saat-saat akhir. Ayahanda Tn Hj Malek Ranting selaku Setiausaha Agung ketika itu turut tidak hadir mesyuarat kerana mengerjakan Umrah. Atas dasar itu Dr Masjuki turut melaksanakan semua kerja-kerja Setiausaha Agung termasuk menjawab segala persoalan dalam Mesyuarat. Namun berkat kesabaran dan kemampuan teknikal, Dr Masjuki berjaya menjadikan Mesyuarat Agung itu sebagai antara Mesyuarat Agung Paling Canggih dan lancar, dihadiri oleh 15 ribu ahli dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Sanusi Jonid, MB Kedah ketika itu.
Atas dasar itu Dr Masjuki di panggil oleh Datuk Dr Fuad untuk membantu melancarkan projek Lakum yang bagi pendapat beliau akan gagal total sekiranya tiada tenaga professional yang berpengalaman membantu. Sekali lagi Program Lakum bersama YAB PM, TPM, Menteri-menteri Besar, seluruh pemimpin Negara dan Warga Pekida benar-benar menjadi satu kejayaan besar dalam sejarah Pekida (Sila Lihat Video).
Dari situ Mesyuarat majlis tertinggi setuju menerima cadangan Datuk Fuad agar Dr Masjuki mengetuai penubuhan dan mengurus sebuat unit di bawah Jabatan Presiden yang dinamakan UNIT R&D, LATIHAN & PERHUBUNGAN AWAM PEKIDA MALAYSIA. Ini termasuk mandat agar beliau mengurus dan memantau Website Resmi Pekida (www.pekida.org) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Lakum.
Walaupun pada peringkat awal terdapat banyak tentangan, terutamanya atas dasar paparan maklumat Pekida di website serta wawancara TV, Radio dan akhbar yang di buat, namun akhirnya semua akur bahawa kita tidak dapat lari dari berurusan dengan pihak media, termasuk wacana internet. Kini pelbagai pihak telah pun mengujudkan website sendiri, atau berurusan dengan pihak media elektronik atau cetak serta turut melabelkan diri sebagai mewakili Pekida secara rasmi.
Apabila kepimpinan Pekida Pusat beralih tangan, Unit R&D tidak di iktiraf oleh mereka lalu ia di serap oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan yang meletakkan nilaian amat tinggi terhadap sumbangan dan kewibawaan Unit R&D terhadap Pekida selama ini.Oleh kerana itulah Unit ini menjadi Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan.
PEMBINAAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN & PROGRAM PENGISIAN MINGGUAN BERKONSEPKAN ANAK PERMATA NEGARA
Alhamdulillah' R&D melihat tiada siapa yang akan membangun hasil kajian jika tidak penyelidik sendiri membuktikan kebenaran hasil kajiannya. Oleh itu program tersebut telah dijalankan secara mingguan sejak 2006 tanpa henti. Perkembangan Pendidikan keluarga jelas dapat diukur dari pembentukan akhlak dan peningkatan pencapaian akademik anak-anak ahli, peningkatan tahap kasih-sayang & kebahgiaan keluarga-keluarga ahli dan kejayaan program pembinaan dan pembesaran (3 tingkat) Rumah Pengasih dengan biaya sendiri.
Program mingguan ini disertai oleh para bapa (gotong-royong pembinaan), kaum ibu (memasak & pendidikan) serta anak-anak (pendidikan akademik, akhlak & apresiasi kesenian).
Dalam merealisasikan missi kebajikan dan dakwah berasaskan Amar Makruf Nahyil Mungkar ini, maka Unit R&D telah mengambil langkah menubuhkan cawangan PEMADAM yang selari dengan matlamat RUMAH PENGASIH di Kompleks R&D Sg Ramal sebagai saluran Khidmat Masyarakat melalui Pendidikan dan kebajikan Keluarga sepertimana dalam lapuran berikut.
LAPURAN AKTIVITI TAHUNAN RUMAH PENGASIH, UNIT R&D PEKIDA W.P. DAN PEMADAM UNIT SG RAMAL BARU
- Penganjuran majlis atau event khusus
- Program Mingguan melibatkan ahli dan seluruh keluarga Ahli.
- Ketetapan zon larangan merokok
- Khidmat masyarakat Biro Kaunseling sebagai usaha pemulihan mangsa dadah, gejala sosial anak-anak dan khidmat nasihat kepada keluarga yang terlibat.
- Perkhidmatan masyarakat terhadap Golongan kurang bernasib baik seperti Mangsa bencana alam, OKU, anak yatim, warga emas, fakir miskin, ibu tunggal dll.
Adalah diharapkan lapuran ini dapat memberikan sedikit gambaran dan pelajaran kepada sekalian ahli PEMADAM, Pekida, kerajaan dan anggota masyarakat agar dapat sama-sama berkongsi pengalaman dalam usaha mencegah dan membasmi DADAH, MUSUH UTAMA NEGARA serta segala bentuk serangan akhlak yang membunuh generasi secara perlahan-lahan.
VIDEO SALAM TERAKHIR ALLAHYARHAM DATO' HJ AHMAD FUAD AHMAD
sama-sama kita menghayatinya....
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut,sila lawati laman web rasmi PEKIDA malaysia di alamat: http://www.pekida.org
0 comments:
Post a Comment