Thursday, November 27, 2008
WARKAH MAT REMPIT
APACHE"
Kumpulan Apache merupakan kumpulan mat rempit yang paling besar di malaysia.Juga berada dalam senarai teraras kumpulan motor yng dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan.Kumpulan ini juga tersebar melalui beberapa kumpulan kecil seperti Apache Junior,Apache Sereng dan beberapa lagi.Juga dikatakan mempunyai laman web sendiri untuk sebarang permohonan ahli secara online.Sebagai ahli sah,harus mempunyai kad keahlian dan sticker khas sebagai tanda kumpulan.
Posted by Pak Mus at 7:31 AM 0 comments
Wednesday, November 26, 2008
WARKAH MAT REMPIT
DOUBLE SEVEN"
30 juzuk al quran jadi pertunjuk,
36 daerah bukti kekuasaan,
7 petala langit 7 petala bumi,
jadi saksi merah kenderaan ku...
TEAM DOUBLE 7
"akan ku takluk semuanya"
Posted by Pak Mus at 11:48 AM 0 comments
WARKAH KHAS
(salasilah PEKIDA malaysia)
ALLAHYARHAM Dato' Dr Haji Ahmad Fuad Ahmad
MANTAN PRESIDEN
PEKIDA MALAYSIA
Pertubuhan ini telah didaftarkan kali pertama pada tahun 1975. Atas sebab tertentu ia telah dibatalkan dan didaftarkan semula pada 10hb. Mei 1983, oleh Allahyarham Ustaz Yusuf dengan Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 . Alamat rasmi dalam pendaftaran ialah : No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2004, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Setelah Allahyarham Datuk Fuad kembali ke rahmatullah, ibu pejabat di pindahkan semula ke Sg Petani oleh pihak kepimpinan yang mengambil alih selepas itu.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Kini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.
LATAR BELAKANG UNIT R&D PEKIDA MALAYSIA
Sebaik saja diangkat menjadi Presiden Pekida Malaysia pada hujung 2003, Allahyarham Datuk Dr Ahmad Fuad telah berusaha mencari dan memanggil semula semua ahli yang berkebolehan dan pernah menyumbang ke arah kemajuan Pekida sebelum itu dan telah tidak aktif untuk tampil dan bergabung membantu usaha dan wawasan beliau.
Dr Hj Masjuki (Pengarah Unit R&D sekarang) adalah salah seorang yang dikenal pasti sebagai individu yang berpotensi membantu memajukan Pekida, mengikut pendapat beliau. Ini adalah kerana pengalaman beliau ketika mengurus Majlis Tertinggi Pekida sekitar tahun 95, 96, 97 . Antara kejayaan beliau selaku Ketua Urusetia Majlis Tertinggi Pekida Malaysia ketika itu adalah menyelesaikan masalah dalaman berupa perpecahan para Pemimpin, terutama di kalangan para Penasihat Pekida sendiri dan dengan Pemimpin Negara ketika itu.
Ujian paling getir yang mengukur kejayaan besar Dr Masjuki ialah ketika mengurus Mesyuarat Agung Pekida di Selama, Perak pada tahun 96/97, tanpa kerjasama penuh jemaah Urusetia senior yang meninggalkan kerja-kerja persiapan Mesyuarat. Atas sebab tidak puas hati dengan kepimpinan Pekida ketika itu, mereka meninggalkan Dr Masjuki menyempurnakan tugas sendirian pada saat-saat akhir. Ayahanda Tn Hj Malek Ranting selaku Setiausaha Agung ketika itu turut tidak hadir mesyuarat kerana mengerjakan Umrah. Atas dasar itu Dr Masjuki turut melaksanakan semua kerja-kerja Setiausaha Agung termasuk menjawab segala persoalan dalam Mesyuarat. Namun berkat kesabaran dan kemampuan teknikal, Dr Masjuki berjaya menjadikan Mesyuarat Agung itu sebagai antara Mesyuarat Agung Paling Canggih dan lancar, dihadiri oleh 15 ribu ahli dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Sanusi Jonid, MB Kedah ketika itu.
Atas dasar itu Dr Masjuki di panggil oleh Datuk Dr Fuad untuk membantu melancarkan projek Lakum yang bagi pendapat beliau akan gagal total sekiranya tiada tenaga professional yang berpengalaman membantu. Sekali lagi Program Lakum bersama YAB PM, TPM, Menteri-menteri Besar, seluruh pemimpin Negara dan Warga Pekida benar-benar menjadi satu kejayaan besar dalam sejarah Pekida (Sila Lihat Video).
Dari situ Mesyuarat majlis tertinggi setuju menerima cadangan Datuk Fuad agar Dr Masjuki mengetuai penubuhan dan mengurus sebuat unit di bawah Jabatan Presiden yang dinamakan UNIT R&D, LATIHAN & PERHUBUNGAN AWAM PEKIDA MALAYSIA. Ini termasuk mandat agar beliau mengurus dan memantau Website Resmi Pekida (www.pekida.org) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di Lakum.
Walaupun pada peringkat awal terdapat banyak tentangan, terutamanya atas dasar paparan maklumat Pekida di website serta wawancara TV, Radio dan akhbar yang di buat, namun akhirnya semua akur bahawa kita tidak dapat lari dari berurusan dengan pihak media, termasuk wacana internet. Kini pelbagai pihak telah pun mengujudkan website sendiri, atau berurusan dengan pihak media elektronik atau cetak serta turut melabelkan diri sebagai mewakili Pekida secara rasmi.
Apabila kepimpinan Pekida Pusat beralih tangan, Unit R&D tidak di iktiraf oleh mereka lalu ia di serap oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan yang meletakkan nilaian amat tinggi terhadap sumbangan dan kewibawaan Unit R&D terhadap Pekida selama ini.Oleh kerana itulah Unit ini menjadi Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan.
PEMBINAAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN & PROGRAM PENGISIAN MINGGUAN BERKONSEPKAN ANAK PERMATA NEGARA
Alhamdulillah' R&D melihat tiada siapa yang akan membangun hasil kajian jika tidak penyelidik sendiri membuktikan kebenaran hasil kajiannya. Oleh itu program tersebut telah dijalankan secara mingguan sejak 2006 tanpa henti. Perkembangan Pendidikan keluarga jelas dapat diukur dari pembentukan akhlak dan peningkatan pencapaian akademik anak-anak ahli, peningkatan tahap kasih-sayang & kebahgiaan keluarga-keluarga ahli dan kejayaan program pembinaan dan pembesaran (3 tingkat) Rumah Pengasih dengan biaya sendiri.
Program mingguan ini disertai oleh para bapa (gotong-royong pembinaan), kaum ibu (memasak & pendidikan) serta anak-anak (pendidikan akademik, akhlak & apresiasi kesenian).
Dalam merealisasikan missi kebajikan dan dakwah berasaskan Amar Makruf Nahyil Mungkar ini, maka Unit R&D telah mengambil langkah menubuhkan cawangan PEMADAM yang selari dengan matlamat RUMAH PENGASIH di Kompleks R&D Sg Ramal sebagai saluran Khidmat Masyarakat melalui Pendidikan dan kebajikan Keluarga sepertimana dalam lapuran berikut.
LAPURAN AKTIVITI TAHUNAN RUMAH PENGASIH, UNIT R&D PEKIDA W.P. DAN PEMADAM UNIT SG RAMAL BARU
- Penganjuran majlis atau event khusus
- Program Mingguan melibatkan ahli dan seluruh keluarga Ahli.
- Ketetapan zon larangan merokok
- Khidmat masyarakat Biro Kaunseling sebagai usaha pemulihan mangsa dadah, gejala sosial anak-anak dan khidmat nasihat kepada keluarga yang terlibat.
- Perkhidmatan masyarakat terhadap Golongan kurang bernasib baik seperti Mangsa bencana alam, OKU, anak yatim, warga emas, fakir miskin, ibu tunggal dll.
Adalah diharapkan lapuran ini dapat memberikan sedikit gambaran dan pelajaran kepada sekalian ahli PEMADAM, Pekida, kerajaan dan anggota masyarakat agar dapat sama-sama berkongsi pengalaman dalam usaha mencegah dan membasmi DADAH, MUSUH UTAMA NEGARA serta segala bentuk serangan akhlak yang membunuh generasi secara perlahan-lahan.
VIDEO SALAM TERAKHIR ALLAHYARHAM DATO' HJ AHMAD FUAD AHMAD
sama-sama kita menghayatinya....
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut,sila lawati laman web rasmi PEKIDA malaysia di alamat: http://www.pekida.org
Posted by Pak Mus at 10:03 AM 0 comments
WARKAH MAT REMPIT
Pak Mus akan menunjukkan penerangan serba sedikit tentang PEKIDA
YAYASAN PEKIDA MALAYSIA PERLEMBAGAAN BARU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA) FASAL 1 1. PERTUBUHAN 1.1 NAMA: Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA. 1.2 IBU PEJABAT: Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. 1.3 LOGO: Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuk a) Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa. b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup. c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain. d) Warna hijau melambangkan agama Islam e) Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu. f) Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan. 1.4 BENDERA: Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah: a) Warna Hijau diatas b) Warna Kuning ditengah c) Warna Merah dibawah d) Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah-tengah warna kuning. 1.5 PENAUNG/ PENASIHAT Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang penaung diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan menjadi penasihat pusat dan negeri yang akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA yang akan menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat. 1.6 BAHASA RASMI: Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu. FASAL 2 TUJUAN/ MATLAMAT: 2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis. 2.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 2.3 Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta. 2.4 Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli. 2.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam. 2.6 Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum. FASAL 3 3. AHLI-AHLI: 3.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA: Keahlian terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam. 3.2 JENIS AHLI: Ahli PEKIDA MALAYSIA ter bahagi kepada (2) kategori: a) Ahli Biasa b) Ahli Seumur Hidup. 3.3 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI: a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada lapan belas ( 18 ) tahun. c) Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA MALAYSIA. 3.4 TANGGUNGJAWAB, SYARAT DAN HAK AHLI: a) Setiap Ahli mestilah: i. Membayar wang pendaftaran mengikut bab 6.1(a) dan Yuran Tahunan mengikut bab 6.1(b). ii. Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. iii. Menjalankan semua arahan majlis Tertinggi dan patuh kepada segala keputusan yang telah dicapai dan diarah. iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, rancangan dan kegiatan PEKIDA MALAYSIA. v. Berusaha menyatu padukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA bangsa Melayu dan Warganegara keseluruhannya. vi. Mengadakan dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah, mengembang, memperkukuh, dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA MALAYSIA. b) Tiap-tiap Ahli mempunyai hak seperti berikut: i. Berhak bercakap dan bersuara, mengemukakan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat PEKIDA MALAYSIA. ii. Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam PEKIDA MALAYSIA. iii. Berhak mendapat pertolongan, bantuan dan lain-lain faedah sebagai ahli 3.5 PERMOHONAN MENJADI AHLI: Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat didalam satu borang khas dan mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli lama yang telah menjadi ahli lebih daripada setahun.Permohonan mestilah dihantar kepada Majlis Tertinggi melalui Pengerusi Daerah. 3.6 PENERIMAAN MENJADI AHLI: a) Setiausaha Daerah hendaklah mengemukakan permintaan dan Permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Daerah dengan seberapa segera untuk mendapat persetujuan Jawatankuasa, seterusnya mengemukan permohonan untuk mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. c) Majlis Tertinggi hendaklah menimbang segala permintaan menjadi ahli dan memutuskan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan permohonan. Majlis Tertinggi mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan sebab keputusan tersebut. 3.7 LUCUT MENJADI AHLI: a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya. b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya. c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan. d) Menarik diri. 3.8 RAYUAN BAGI AHLI YANG DIPECAT: a) Ahli yang telah dipecat boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan permohonan melalui pengerusi daerah dan disokong oleh pengerusi negeri. b) Bagi seorang ahli yang telah dipecat, kelayakan untuk memohon kembali menjadi ahli tempoh edahnya ialah selama satu (1) tahun. FASAL 4 4. SUSUNAN ORGANISASI 4.1 BENTUK SUSUNAN: a) Pusat : Perhimpunan Agong b) Negeri : Ahli Majlis Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden dengan mendapat persetujuan Ahli Majlis Tertnggi (AMT) c) Daerah : Ahli jawatankuasa Daerah dipilih oleh mesyuarat Agong Daerah. 4.2 TATA PERTUBUHAN MAJLIS/ JAWATANKUASA: a) Pusat : Mengandungi Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih dalam perhimpunan Agong.Tertakluk bab 4.4. b) Negeri : Mengandungi Pengerusi dan timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Presiden.Tertakluk bab 4.13. c) Daerah : i. Dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi. ii. Terletak dalam sebuah daerah pentadbiran kerajaan. iii. Mempunyai sekurang-kurangnya 150 orang ahli berdaftar. iv. Tertakluk kepada bab 4.19. 4.3 MAJLIS TERTINGGI (MT): Majlis Tertinggi (MT) menjadi badan tertinggi yang berkuasa menjalankan segala urusan pentadbiran dan hal-ehwal PEKIDA dibawah kuasa dan perintah perhimpunan Agong.MT berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agong pada masa ketiadaannya, tetapi segala langkah dan tindakan tersebut mestilah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agong. 4.4 MAJLIS TERTINGGI HENDAKLAH MENGANDUNGI: a) Presiden b) Timbalan c) Tiga (3) orang Naib Presiden d) Setiausaha Agong e) Penolong Setiausaha Agong f) Bendahari Agong g) Ketua Penerangan h) Tidak lebih daripada dua puluh tiga (23) orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agong. i) Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden. 4.5 Setiausaha Agong, Penolong Setiausaha Agong, Bendahari Agong Ketua Penerangan dan tujuh (7) orang ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilantik oleh Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali diperbaharui atau mereka meminta berhenti ataupun diberhentikan. 4.6 TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI IALAH: a) Presiden: i. Bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan PEKIDA. ii. Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri dan Daerah. iii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi. iv. Menandatangani cek bersama dengan Setiausaha Agong atau Bendahari bagi semua akaun simpanan atas nama PEKIDA. b) Timbalan Presiden: i. Membantu tugas-tugas Presiden. ii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya sewaktu ketiadaan Presiden. iii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden. c) Naib Presiden: i. Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden. iii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya apabila ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden. d) Setiausaha Agong: i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. ii. Boleh dilantik sebagai Pengurus Operasi PEKIDA.Bertanggungjawab sepenuhnya bagi mentadbir perjalanan dan operasi PEKIDA. iii. Bertanggungjawab melapurkan kepada Presiden segala tindakan dan perjalanan PEKIDA MALAYSIA. iv. Menyediakan Penyata Tahunan, menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi. v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agong. vi. Berhak menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Majlis Tertinggi. e) Penolong Setiausaha Agong i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agong. ii. Menjalankan segala tugas Setiausaha Agong sewaktu ketiadaan beliau. f) Bendahari Agong: i. Bertanggungjawab dan ‘accountable’atas kesempunaan perjalanan kewangan PEKIDA MALAYSIA. ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa oleh Jurukira yang dilantik oleh Perhimpunan Agong. iii. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong dalam sidang majlis Tertinggi. iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah diperiksa oleh Jurukira dan disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong. g) Ketua Penerangan: i. Bertanggungjawab bagi mengendali kegiatan penerangan dan pendakwah. ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah. iii. Berhak memilih dan melantik jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah dengan persetujuan Majlis Tertinggi. iv. Melapurkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan dan kegiatan penerangan dan dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. 4.7 a) i. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling.Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima: ii. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat; iii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu dan. iv. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeIiIing hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. b) i. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat. ii. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong Tahunan diadakan. 4.8 Jika Presiden berhenti atau meletak jawatan atas apa sebab sekalipun, maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga berkaitan dengannya. 4.9 Tertakluk kepada bab 4.5 seorang ahli Majlis Tertinggi boleh meminta berhenti daripada jawatannya dan jika diterima, Majlis Tertinggi berkuasa melantik penggantinya. 4.10 Jika Presiden dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatan mereka, Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden sehingga seorang Presiden baru dipilih mengikut bab 4.4. 4.11 Jika dua pertiga (2/3) daripada Ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan Serentak, maka majlis itu dianggap telah terbubar dengan sendirinya dan ahli-ahli yang tinggal hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada tarikh perletakkan jawatan beramai-ramai itu mengadakan Persidangan Agong Khas untuk menubuhkan semula Majlis Tertinggi. 4.12 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI (MT): a) Menubuhkan Jawatankuasa Negeri dan Daerah serta menentukan aktiviti menurut Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. b) Merangka tatacara untuk memberhentikan mana-mana Ahli Majlis tertinggi termasuk yang dipilih melainkan Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli.Jika tindakan mereka didapati bertentangan dengan dasar PEKIDA MALAYSIA atau mereka telah tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan cekap dan sempurna dan Presiden berkuasa melantik penganti mereka yang diberhentikan. c) Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agong Daerah dan Mesyuarat Perwakilan Negeri. d) Menyelesaikan permasalahan dan perselisihan yang berbangkit diperingkat Negeri dan Daerah. e) Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA dan berkuasa menggantung dan melucutkan keahlian mana-mana ahli. f) Menggantung atau membubarkan Jawatankuasa Daerah. g) Menetapkan yuran daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke perhimpunan Agong. h) Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi ahli. i) Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara berkaitan permintaan menjadi ahli. j) Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh daerah atas permintaan hendak menjadi ahli biasa. k) Mengarahkan mana-mana Daerah tanpa perlu memberi sebab untuk menerima dan mendaftarkan dalam daerah tersebut seseorang yang didapati layak untuk menjadi ahli setelah meneliti pendapat daerah yang berkenaan. l) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada PEKIDA MALAYSIA yang diterima semula sebagai ahli. m) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA MALAYSIA. n) Menubuhkan beberapa jawatankuasa biasa kecil yang difikir perlu dan menetukan pekerjaan masing-masing mengikut perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. o) Melantik Firma akauntan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia akaun Pertubuhan jika difikirkan perlu. 4.13 TANGGUNGJAWAB MAJLIS JAWATANKUASA PUSAT Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 4.14 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI. Majlis Jawatankuasa Negeri menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis Tertnggi di peringkat Pusat.Sebarang langkah yang hendak diambil mestilah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi untuk makluman dan tindakan. 4.15 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI MENGANDUNGI: a) Pengerusi b) Timbalan Pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) Ketua Penerangan f) Ketua-ketua atau Pengerusi daerah sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri. g) Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Pengerusi Negeri. h) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi Negeri. 4.16 TUGAS MAJLIS JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI: a) Pengerusi: i. Menjadi Pengerusi Negeri, PEKIDA MALAYSIA dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri. ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri. iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha atau Bendahari bagi akaun semasa atas nama PEKIDA Negeri. b) Timbalan Pengerusi: i. Membantu tugas-tugas Pengerusi ii. Mengganti dan menjalankan tugas Pengerusi termasuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri sewaktu ketiadaan Pengerusi. c) Setiausaha: i. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi. ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Negeri. iii. Bertanggungjawab bagi melapurkan kepada Pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Negeri. iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Negeri dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Jawatankuasa Negeri. v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Jawatankuasa Negeri. vi. Berhak menubuhkan sektariat dan memilih pegawai-pegawai yangdipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa Negeri. d) Bendahari: i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Negeri. ii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira untuk Negeri. iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir yang telah disahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha dalam sidang Majlis Jawatankuasa Negeri. e) Ketua Penerangan: i. Bertanggungjawab atas kegiatan penerangan dan dakwah ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah. iii. Berhak memilih Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri. iv. Melapurkan kepada Majlis Jawatankuasa Negeri kedudukan penerangan, dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. 4.17 Jika Pengerusi berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu hingga seorang Pengerusi baru dipilih mengikut bab 4.13. 4.18 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI IALAH: a) Mengiktiraf Penubuhan Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut Perlembagaan PEKlDA MALAYSIA. b) Menjalankan sebarang tugas-tugas atau apa-apa langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKlDA Negeri. c) Menubuhkan Biro kebajikan dan khairat antara lain untuk pengurusan jenazah. 4.19 JAWATANKUASA DAERAH: a) Jawatankuasa Daerah menjadi badan yang menjalankan Pentadbiran hak-ehwal PEKlDA Daerah dibawah. b) Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi melalui Majlis Jawatankuasa Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi pihak Majlis Tertinggi. c) Daerah perlu menubuhkan Biro kebajikan dan khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan Jenazah. 4.20 JAWATANKUASA DAERAH HENDAKLAH MENGANDUNGI: a) Pengerusi b) Timbalan Pengerusi c) Setiausaha d) Bendahari e) Ketua Penerangan f) Tidak lebih daripada 15 orang Jawatankuasa yang dipilih atau di sahkan oleh Mesyuarat Agong Daerah. g) Tidak lebih daripada 3 orang Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi. h) Bagi memudahkan pentadbiran pihak Daerah boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi kawasan yang difikirkan perIu. 4.21 Pengerusi, dan Timbalan Pengerusi dipilih didalam mesyuarat Agong Daerah pada tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka akan, memegang jawatan itu selama tiga (3) tahun. 4.22 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang Jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi.Daerah dengan persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan. 4.23 TUGAS JAWATANKUASA DAERAH IALAH: a) Pengerusi: i) Menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah dan.bertanggangjawab atas kesempumaan pentadbiran Daerah. ii) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah. iii) Menandatangani cek bersama Bendahari atau Setiausaha bagi akaun simpanan atas nama PEKIDA Daerah. b) Timbalan Pengerusi: i) Membantu tugas-tugas Ketua. ii) Bertanggungjawab sebagai ketua dan tanggungannya ketika ketiadaan ketua. iii) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah apabila Pengerusi tidak hadir. c) Setiausaha: i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua. ii) Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Daerah iii) Bertanggungjawab melapor kepada pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Daerah. iv) Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA, Daerah kepada Persidangan Perwakilan Daerah. d) Bendahari: i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Daerah. ii) Bertanggungjawab menyediakan Penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Perwakilan Daerah. iii) Membentangkan kenyataan dan butir kira-kira dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah. iv) Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Setiausaha bagi akaun simpanan PEKIDA Daerah. e) Ketua Penerangan: i) Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan Dakwah. ii) Berhak melantik Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah Daerah. iii) Melapur kepada Jawatankuasa Daerah kedudukan penerangan dan Dakwah peringkat Daerah dan lain kegiatan yang berkaitan dengannya. 4.24 Jika Pengerusi berhenti dengan apa-apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi baru dilantik mengikut bab 4.18. 4.25 Seseorang Ahli Jawatankuasa Daerah yang dipilih boleh meminta berhenti daripada jawatannya. Keputusan menarik diri tersebut tidak boleh diganti semula kecuali Jawatankuasa yang dilantik. 4.26 Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa Daerah berhenti.dengan serentak maka Jawatankuasa dianggap telah dibubar. 4.27 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA DAERAH: a) Menyediakan lapuran tahunan Daerah, menerangkan aktiviti PEKIDADaerah kepada Perhimpunan Agong. b) Menjalankan sebarang kegiatan atau apa langkah seliaan daripada perkara -perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA Daerah. FASAL 5 5. SUSUNAN MESYUARAT 5.1 SUSUNAN MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA. Susunan mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah seperti berikut: a) Perhimpunan Agong: Perhimpunan Agong hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi: i) Ahli Majlis Tertinggi ii) Pengerusi-Pengerusi Negeri, wakilnya dipersetujuai oleh Majlis Tertinggi. iii) Pengerusi dan sepuluh (10) orang wakil Daerah untuk seratus lima puluh (150) orang yang menjelaskan yuran dan berikutnya satu (1) wakil daripada seratus lima puluh (150) orang ahli yang menjelaskan yuran. b) Korum untuk mesyuarat Agong dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan Daerah yang layak untuk menghadiri mesyuarat Agong. c) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli. d) MESYUARAT AGONG DAERAH: Mesyuarat Agong Daerah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun mengandungi: i) Ahli Jawatankuasa Daerah. ii) Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran tahunan sebagaimana Bab 6.1 a, b dan c. e) MESYUARAT/JAWATANKUASA i) Mesyuarat/Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya (dua) 2 bulan sekali. ii) Lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa adalah cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa. 5.2 MASA MESYUARAT AGONG DAERAH. a) Mesyuarat Agong hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Julai tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT). b) Mesyuarat Perwakilan Daerah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Mei tiap-tiap tahun. c) Sekiranya terdapat sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, maka mesyuarat-mesyuarat ini bolehlah ditunda kepada satu tarikh yang sesuai yang telah diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT). d) Notis mesyuarat-mesuarat ini hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari sebelum diadakan 5.3 Mesyuarat Agong Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali kalau diputuskan oleh perwakilan dengan cara undi sulit maka satu borang khas hendaklah digunakan untuk undian tersebut. 5.4 TUGAS DAN KUASA PERSIDANGAN/MESYUARAT: a) PERHIMPUNAN AGONG : i) Membentang Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan, yang disiapkan oleh Majlis Tertinggi. ii) Menentukan dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya. iii) Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para perwakilan yang telah dikemukakan 2 minggu terlebih dahulu. iv) Memilih ahli Majlis Tertinggi mengilkut bab 4.4. v) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengikut bab 5.6. vi) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9 (a) vii) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perlu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari semasa ke semasa meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam. viii) Mengawasi pergerakan Majlis tertinggi yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi. ix) Melantik Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan jika difikir mustahak. b) MESYUARAT AGONG DAERAH: i) Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa Daerah. ii) Memilih Jawatankusa Daerah mengikut bab 4.18. iii) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tetap mengikut bab 5.6. iv) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9. v) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perIu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari masa kesemasa untuk meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam. 5.5 TUGAS MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA: a) Membahas Menimbang dan mengesahkan catitan mesyuarat yang lalu. b) Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang lalu. c) Membincang perkembangan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa. d) Membuat rancangan yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa. e) Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikkan PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya. 5.6 PENGERUSI TETAP/ TIMBALAN PENGERUSI TETAP: a) Dua orang ahli biasa dipilih didalam perhimpunan Agong dan mesyuarat Agong Daerah. b) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan menjalankan tugas secara berganti-ganti semasa Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Agong Daerah. c) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih mengikut Masa pemilihan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Daerah. d) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan membuat keputusan apabila undi didapati sama dalam perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah. FASAL 6 6. KEWANGAN 6.1 Bayaran Masuk /Yuran: a) Bayaran masuk menjadi ahli sebanyak RM 10.00 b) Yuran tahunan sebanyak RM 12.00 setahun. c) Yuran seumur hidup sebanyak RM 250.00 d) Yuran sukarela diberi oleh ahli denganjumlah yang tidak terbatas. 6.2 Sumber-sumber Lain: a) Hasil-hasil lainnya dari kegiatan yang dilancarkan oleh MajIis Tertinggi dan Jawatankuasa Negeri. b) Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau penganjuran untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat . kelulusan Majlis Tertinggi. 6.3 Pembahagian/Peruntukan Kewangan: a) Wang Pendaftaran Masuk dan lain-lain sumber. i) 30 % diserahkan kepada Daerah ii) 70 % diserahkan kepada Pusat b) Wang Yuran Tahunan: i) 20 % diserahkan kepada Daerah. ii) 80 % diserahkan kepada Pusat. c) Peruntukan Negeri: i) Bantuan dari pusat 100 % ii) Daya usaha Negeri adalah untuk Negeri. 6.4 Akaun Semasa: Majlis Tertinggi Majlis Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah hendaklah mengadakan kira-kira dan membuka Akaun Semasa. 6.5 Akaun Cadangan Umum: Kira-kira kewangan yang dimasukkan kedalam akaun ini adalah: a) Semua derma, wakaf, sedekah hadiah dan sebagainya. b) Semua wang yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 6.6 Pengeluaran Wang: a) Pengeluaran Wang yang lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00) hendaklah mendapat persetujuan dari Majlis Tertinggi. b) Pengerusi/ Ketua, Setiausaha atau Bendahari berhak mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) untuk keperluan pertubuhan. 6.7 Wang Tunai : a) Bendahari Majlis Tertinggi Negeri boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM: 1,000.00) b) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00). c) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh. (RM 350.00). 6.8 Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas: Sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas daripada semua peringkat (Majlis/Jawatankuasa) hendaklah dikemukakan kepada MajIis Tertinggi untuk diluluskan. 6.9 Pemeriksa Kira-Kira: a) Dua (2) orang ahli biasa akan dilantik didalam Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah sebagai pemeriksa kira-kira. b) Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan dan Kira-kira untuk Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah. c) Pemeriksa Kira-kira dilantik mengikut jangka masa perlantikan Majlis Jawatankuasa. d) Satu Firma Audit yang bertauliah hendaklah dilantik jika difikirkan perlu. FASAL 7 7. PEMEGANG AMANAH 7.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam mana-mana mesyuarat Agong Tahunanan, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. kepada mereka diamanahkah semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). 7.2 Pemegang amanah tidak boleh menj ual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mana-mana Mesyuarat Agong. 7.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agong oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam Negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang amanah, maka kekosongan itu bolehlah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa. FASAL 8 8. UNDANG-UNDANG AM: 8.1 Untuk menjayakan tujuan yang terdapat dalam bab 2 dalam Perlembagaan ini maka seluruh ahli Majlis/Jawatankuasa semua peringkat diberi kuasa supaya aktif bergerak disegala bidang sesuai untuk kebaikan dan faedah pertubuhan ini. 8.2 PEKlDA boleh memiliki harta yang boleh dialeh (moveable) dan harta yang tidak boleh dialeh (immoveable). 8.3 Peraturan Tambahan: Peraturan tambahan khasnya Peraturan Kebajikan Am dan lain-lain di bentuk dari semasa ke semasa, jika dipandang perlu sebagai tambahan dari perlembagaan ini yang akan diluluskan oleh Perhimpunan Agong. 8.4 Pindaan Perlembagaan: a) Pindaan Perlembagaan dilakukan oleh Perhimpunan Agong Tahunan.Ahli-ahli boleh mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Daerah dan kemudiannya dikemukakan semula dalam Perhimpunan Agong Tahunan melalui Mesyuarat Perwakilan Daerah. b) Permohonan pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada keputusan pindaan itu hendak dibuat. c) Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 8.5 Penafsiran Perlembagaan: Sekiranya berlaku salah pengertian tentang penafsiran dalam beberapa perkara dalam Perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamat kecuali dirombak oleh keputusan Perhirnpunan Agung. 8.6 Pembubaran PEKIDA MALAYSIA: a) Pembubaran PEKlDA MALAYSIA hanya boleh dilakukan sekiranya perhimpunan Agong sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan. b) Pembahagian wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang piutang dan segala tanggungan akan diputuskan oleh Perhimpunan c) Jika sekiranya ada tanggungan lagi, maka tertanggunglah kepada Ahli PEKIDA MALAYSIA yang ada pada masa itu. 8.7 Singkatan-Singkatan: a) PA - Perhimpunan Agong b) MT - Majlis Tertinggi c) MJN - Majlis Jawatankuasa Negeri d) MJMJN - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jawatankuasa Negeri e) MAD - Mesyuarat Agong Daerah f) JD - Jawatankuasa Daerah g) MP - Majlis Penasihat h) MPA - Majlis Pemegang Amanah FASAL 9 9. PERKARA-PERKARA AM 9.1 Semua Ahli Majlis/Jawatankuasa pertubuhan ini dan lain-lain pegawai yang menjalankan tugas dalam pcrtubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. 9.2 Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan atau pengabungan diluar Malaysia kecuali dengan kebenaran bertulis YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. 9.3 Tahun kewangan pertubuhan ini bermula pada 1hb.Januari,dan berakhir pada 31hb.Disember tiap-tiap tahun. 9.4 Ahli Majlis/Jawatankuasa berkuasa melantik Iain-Iain ahli bagi memenuhi kekosongan didalam Majlis/Jawatankuasa tersebut dan beberapa Jawatankuasa kecil. 9.5 Seseorang pelajar Universiti atau Kolej tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cansellor Universiti yang berkenaan.
Posted by Pak Mus at 9:45 AM 1 comments
WARKAH MAT REMPIT
Geng Mat Rempit kini dikesan semakin agresif merekrut ahli baru dengan menyebarkan pelekat khas bagi membezakan satu kumpulan dengan kumpulan lain sebagai tanda penguasaan dan bilangan pengikut mengikut kawasan.
Sumber polis berkata, sehingga kini pihaknya mengenal pasti beberapa kumpulan Mat Rempit yang aktif seperti ‘Geng Apache’, ‘Pangkah Shell’ atau ‘Budak Shell’, ‘Geng Dayak (Apache) Junior’, “Apache Sereng”,"Budak Jahat", dan Geng Jamil Maut” yang terus aktif berlumba terutama pada malam minggu...sebenarnya banyak lagi geng2 mat rempit yang telah ditubuhkan di malaysia ini...cume kita masih belum mengenali mereka... Geng maut pun ada.. Geng Malaikat Maut jer takde...
Mengikut sumber-sumber tertentu,kumpulan yang paling lama bertapak adalah "Apache" dan berkembang sehingga ke hari ini...Setiap geng atau kumpulan yang ada ini biasanya mempunyai ketua di setiap kawasan masing-masing...Antara semua ketua-ketua ini pasti akan terdapat ketua paling hebat antara mereka yang selalunya adalah orang yang mula-mula mengasaskan sesebuah kumpulan tersebut...Remaja biasanya memasuki geng atau kumpulan tertentu ini adalah bertujuan untuk mendapat pengaruh atau keseronokan yang boleh memuaskan mereka.Jika terdapat pergaduhan,ahli-ahli yang lain akan turun untuk menghulurkan bantuan...semakin ramai ahli,semakin kuat sesebuah kumpulan itu...Caj biasa yang dikenakan pada ahli baru adalah sebanyak RM10-RM30 bertujuan untuk memberi sticker kumpulan dan kad keahlian rasmi bagi setiap ahli...Ada juga mengatakan setiap kumpulan atau geng mempunyai satu simbol atau maksud rahsia bagi membezakan antara ahli rasmi dan yang sekadar suka2...jika didapati bukan ahli rasmi,dan memakai logo kumpulan itu secara tidak sah,orang itu akan dibelasah cukup2 untuk memberi pengajaran kepadanya...(setakat ini warkah dari Pak Mus untuk semua)~MAT REMPIT TERUS MAJU~Posted by Pak Mus at 9:35 AM 0 comments